Konsep Takaful

Takaful ialah satu konsep saling membantu yang berdasarkan prinsip-prinsip perkongsian tanggunggungjawab, kerjasama dan kepentingan bersama. Setiap peserta akan memberi sumbangan berasaskan Tabarru’ (derma) ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu peserta tersebut serta peserta-peserta lain pada masa yang diperlukan.

Sejarah Penubuhan PrudentialBSN

Prudential BSN Takaful telah ditubuhkan dengan kerjasama Prudential Holdings (Prudential) dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pada awal tahun 2006, Prudential BSN Takaful telah menerima kelulusan dari Bank Negara untuk menjalankan aktiviti takaful dan telah dilancarkan, Tan Sri Dato’ Dr Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Malaysia. Pemegang saham Prudential BSN Takaful Berhad, BSN adalah 51% dan Prudential adalah 49% dalam syarikat usaha sama tersebut.PruBSN mempunyai modal dibenarkan RM500 juta dan modal berbayar RM100 juta.

No comments:

Post a Comment