Takaful Cerdik

TAKAFULINK CERDIK
(*Simpanan Pendidikan+Perlindungan+Pelaburan)

Esok Yang Cemerlang Bermula Hari Ini.

Pelan perlindungan dan pendidikan kanak-kanak.

Sediakan Pendidikan Sewajarnya untuk Anak Anda

Sediakan Pendidikan Sewajarnya untuk Anak Anda Pendidikan yang kukuh adalah hadiah paling berharga yang boleh anda berikan kepada anak anda. Namun, kos pendidikan di universiti yang semakin meningkat dan perjalanan hidup yang tidak dapat dijangka menyebabkan kita harus menyediakan peruntukan untuk memastikan pendidikan anak-anak anda tidak terjejas.
Apabila anda memilih Takafulink Cerdik, anda pasti yakin bahawa anda telah pun memberikan hadiah yang amat bermakna di dalam hidup anak anda. Tiada pelan lain yang selengkap atau semudah Takafulink Cerdik. Itulah yang menjadikan pelan ini suatu pelan yang tepat untuk anda dan anak anda.

Bagaimana Pelan TAKAFULINK CERDIK Berfungsi Untuk Anak-Anak Saya?
Pelan Takafulink Cerdik adalah pelan sumbangan tetap berkaitan pelaburan yang akan matang apabila anak anda mencapai usia 25 tahun. Pelan ini bukan sekadar memberi perlindungan untuk pendidikan dan kesejahteraan hidup anak anda, ia juga memenuhi keperluan anda dan anak anda yang sentiasa berubah mengikut masa.
Kini anda boleh memberi dua pemberian yang tidak ternilai untuk anak anda,
pendidikan dan perlindungan


Pelan yang Memberi Anda Lebih Kefleksibelan

• Pelbagaikan amaun perlindungan Takaful bagi kematian dan hilang upaya tanpa menjejaskan sumbangan anda.
• Tingkatkan liputan Takaful anda dengan menambah manfaat penyakit kritikal, kemalangan, perubatan, hilang upaya dan manfaat tambahan yang lain.
• Wujudkan satu dana pendidikan yang mantap untuk anak anda dengan memilih mana-mana dana Takafulink yang mendapat kelulusan Shariah dan yang dapat memberi pulangan lebih tinggi dalam jangkamasa panjang berbanding dengan akaun simpanan bank.
• Anda boleh menukar pelaburan anda di antara mana-mana dana Takafulink yang mendapat kelulusan Shariah pada bila-bila masa. Jumlah minimum yang boleh ditukar adalah RM1,000.
• Anda boleh mengeluarkan wang anda pada bila-bila masa untuk keperluan anda. Pengeluaran yang minimum adalah RM500. Kemudahan ini tersedia sekiranya nilai dari baki unit adalah sekurang-kurangnya RM1,000.

Siapakah yang Boleh Menyertai Pelan TAKAFULINK CERDIK?

Sesiapa yang mempunyai anak yang berusia diantara 2 minggu hingga 15 tahun boleh mendapatkan pelan ini. Ibubapa adalah pemilik sijil dan mereka akan memadankan pelan yang sesuai untuk manfaat anak-anak mereka.

Bagaimana Boleh Saya Memulakannya?
Pertama sekali, pastikan keperluan perlindungan anak anda, seperti perlindungan asas dan lain-lain manfaat opsional dan tambahan. Kemudian, tentukan amaun yang anda mampu ketepikan setiap bulan.
Manfaat Asas
Kematian: Kami akan membayar jumlah yang dilindungi dan nilai baki di dalam Akaun Unit Peserta (PUA)2, Akaun Khas Individu (ISA)3 dan Akaun Unit Pelaburan (IUA)4 jika berlaku kematian.
Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD): Jumlah perlindungan akan dibayar jika berlaku Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh kepada peserta sekiranya beliau belum mencapai umur 25 tahun.

Manfaat Opsional dan Tambahan
Sebagai tambahan kepada perlindungan asas yang disediakan di dalam pelan, anda boleh memilih untuk menambah manfaat opsional bagi mempertingkatkan lagi perlindungan yang ditawarkan oleh pelan Takafulink Cerdik. Di antara rider yang disediakan dengan Takafulink Cerdik adalah:
Rider melalui Potongan Sebahagian Unit (UDR)/
Manfaat Opsional
• Crisis Shield
• Compassionate Benefit
• Accidental Death and Disablement
• Medical Cover
• Hospital Benefit
• Crisis Cover Plus
• Disability Provider
• Takaful Saver
• Contributor
• Parent Contributor
• Takaful Saver Contributor
• Takaful Saver Parent Contributor
• Takaful Health
• Annual Limit Waiver
• Accidental Medical Reimbursement

No comments:

Post a Comment