Takaful Saver

Menabung untuk kesejahteraan masa depan.
Hari ini menabung sedikit, esok pula hasilnya membukit
Takaful Saver merupakan peluang tambahan dalam Takafulink atau Takafulink Cerdik. Manfaat ini membolehkan anda memaksimumkan simpanan sekali gus berpeluang menbuat pelaburan dari pelan Takafulink anda kerana ia menawarkan pelan pelaburan untuk membeli unit bermula pada tahun pertama mencaumr lagi.

Ini bermaksud ia memberikan pulangan yang tinggi disebabkan sebanyak 95% caruman akan dimasukkan ke bahagian pelaburan untuk membeli unit bermula pada tahun pertama mencarum lagi. Sebanyak 5% daripada caruman akan digunakan untuk membayar caj perkhidmatan.


Semua Dana Takafulink dilaburkan di dalam saham dan sekuriti yang berlandaskan Syariah. Rangkaian produk Takafulink adalah selaras dengan tuntutan Syariah.

FLEKSIBEL:
Melabur jumlah yang anda inginkan dari serendah RM10 sebulan

Siapa yang boleh menyertai Takaful Saver?
Mana-mana peserta dan / atau pencarum pelan Takafulink.

Bagaimana dana anda diuruskan?
Caruman tetap Takaful Saver akan diuruskan mengikut arah pelaburan yang dinyatakan di dalam pelan Takafulink anda sebelum ini.

Dana-dana Takafulink berlandaskan Syariah yang disediakan ialah:
Takafulink Dana Ekuiti
  • Bertujuan untuk memaksimumkan pulangan dalam jangka masa pertengahan hingga panjang dengan melabur dalam saham bermutu tinggi yang berlandaskan Syariah dan disenaraikan di Bursa Malaysia
  • Untuk para peserta yang mampu menghadapi risiko yang tinggi dan berminat dalam pelaburan jangka masa pertengahan hingga panjang
Takafulink Dana Bon
  • Bertujuan memberikan pengumpulan modal jangka masa pertengahan hingga panjang, dengan melabur dalam sekuriti terpilih yang berlandaskan Syariah
  • Untuk peserta yang mampu menghadapi risiko yang rendah hingga pertengahan serta berminat dalam pelaburan jangka masa pertengahan hingga panjang
Takafulink Dana Urus
  • Dana diuruskan yang bertujuan memaksimumkan pulangan dalam jangka masa pertengahan hingga panjang. Ini dicapai dengan melabur dalam saham dan sekuriti yang berlandaskan Syariah menerusi Takafulink Dana Ekuiti, Takafulink Dana Bon dan mana-mana dana Takafulink sedemikian yang ditawarkan di masa hadapan
  • Untuk peserta yang mampu menghadapi risiko sederhana hingga tinggi dan berminat dalam pelaburan jangka masa pertengahan hingga panjang




UNTUK MELIHAT NILAI UNIT SEMASA
LAYARI:https://www.prubsn.com.my/accounts/prubsn/
klik pada: Today's Fund Prices

No comments:

Post a Comment