Takafulink

Hakikatnya adalah keperluan kita berubah dengan masa. Apabila keperluan berubah, keutamaan juga akan berubah. Apa yang penting adalah untuk menguruskan keperluan kewangan anda mengikut keutamaan anda.

Pelan Takafulink Prudential BSN (PruBSN) adalah pelan Takaful keluarga berkaitan pelaburan berasaskan Shariah yang dirangka untuk menangani perjalanan hidup yang tidak dapat diduga. Ia juga membolehkan anda menguruskan kehidupan anda dengan penuh kefleksibelan. Dengan mentaati nilai-nilai yang tersedia ada, pelan ini juga membolehkan anda mengawal perjalanan hidup anda dengan lebih teratur.

Bagaimanakah Pelan TAKAFULINK Dapat Memanfaatkan Saya?
Untuk Perlindungan Anda Kami akan membantu anda merancang paras perlindungan yang sesuai bagi anda berdasarkan apa yang ditawarkan oleh pelan Takafulink.

Pelan Yang Memberi Anda Lebih Kefleksibelan
• Pelbagaikan amaun perlindungan Takaful bagi kematian dan hilang upaya tanpa menjejaskan sumbangan anda.
• Tingkatkan liputan Takaful anda dengan menambah manfaat penyakit kritikal, kemalangan, perubatan, hilang upaya dan manfaat tambahan yang lain.
• Wujudkan satu dana persaraan yang mantap dengan memilih mana-mana dana Takafulink yang mendapat kelulusan Shariah dan yang dapat memberi pulangan lebih tinggi dalam jangkamasa panjang berbanding dengan akaun simpanan bank.
• Anda boleh menukar pelaburan anda di antara mana-mana dana Takafulink yang mendapat kelulusan Shariah pada bila-bila masa. Jumlah minimum yang boleh ditukar adalah RM1,000.
• Anda boleh mengeluarkan wang anda pada bila-bila masa untuk keperluan anda. Pengeluaran yang minimum adalah RM500. Kemudahan ini tersedia sekiranya nilai dari baki unit adalah sekurang-kurangnya RM1,000.
• Sijil ini melayakkan anda menerima pengecualian cukai individu sehinggaRM6,000 setahun.

Siapakah Yang Layak Untuk Mengambil Pelan TAKAFULINK?

Sesiapa yang berumur di antara 19 dan 60 tahun layak menyertai pelan ini. Anda juga boleh mengambil pelan untuk anak anda yang berumur di bawah 19 tahun.

Bagaimanakah Boleh Saya Bermula?
Pertama sekali, pastikan keperluan perlindungan anda, seperti perlindungan asas dan lain-lain manfaat opsional dan tambahan. Kemudian, tentukan amaun yang anda mampu ketepikan setiap bulan.

No comments:

Post a Comment